Kurangkan Statistik Kegagalan Newbie Pada 2009

Salam buat semua. Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Masih ada azam tahun lepas yang belum dapat direalisasikan. Akan saya usahakan untuk melaksanakan azam tersebut sebelum pada tahun ini.

Tentang bisnes cupcake saya ini, saya akan cuba mencari lebih maklumat dan belajar untuk mempertingkatkan kemahiran yang ada. Namun inilah sebenarnya cabaran terbesar dalam berniaga di Internet ini. Semuanya harus berbayar. Segala info sudah jadi terlalu mahal.

Pernah tak anda pergi makan kat memana gerai atau foodcourt. Walaupun berniaga bersebelahan, tapi tuan punya gerai tersebut seolah-olah tidak bertegur sapa. Bukan sekali benda macam ni terjadi. Dan yang menyedihkan benda ni terjadi dikalangan Internet Marketer (IM) Melayu. Seolah-olah takutkan persaingan ataupun takut hilang pelanggan.

Ingatkan kat gerai gerai je jadi macam tu. Rupanya dalam perniagaan di Internet ni pun macam tu jugak. Pernah beberapa kali saya bertanyakan tips tips untuk memahirkan diri dalam dekorasi cupcake namun tidak pernah mendapat jawapan. Lain pula kesnya bila bertanyakan tentang tempahan, laju pulak dijawabnya. Inilah senario yang sering terjadi dikalangan IM Melayu sekarang. Takutkan persaingan, takut hilang pelanggan. Jika ada info atau tips yang ingin dikongsi pun adalah info yang terlalu general dan agak outdated.

Hal yang terlalu berbeza terjadi apabila kita bertanyakan kepada orang luar atau orang bukan Melayu. Mereka lebih terbuka untuk berkongsi rahsia, pengalaman dan tips. Hal beginilah yang membuatkan mereka lebih disenangi untuk berurusan.

Terdetik juga dalam hati saya apabila melihat kepada statistik kegagalan newbie adalah sebanyak 90%. Saya sendiri dan anda yang membaca posting kali ini juga tentu tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut kerana internet adalah medan niaga untuk sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan.

Bukan untuk menunding jari kepada orang lain. Pada pendapat saya, apalah salahnya jika kita lebih terbuka untuk berkongsi ilmu. Mudah-mudahan dengan cara itu kita akan lebih dimurahkan rezeki oleh Allah Taala.

Terima kasih juga kepada semua yang yang sering mengunjungi dan memberi komen kepada Cupcake Huda. Saya hargainya. Sama-samalah kita berusaha untuk mengurangkan statistik kegagalan perniagaan newbie di Internet.

12 comments:

  1. huda..mmg gitulah org2 kita..walau x semua tp ramai la...takut bisnes sendiri terjejas kalu ilmu2 diturunkan pd org lain..for me, rezeki masing2 ade kat mana2....tu sbb utama jun buat blog tu sbb dh terkena mcm tu la..even bukan nk bisnes pun.mintak resepi nak masak untuk sendiri tp tetap kedekut ilmu...so bila dpt tau mcmmana nk masak, kita share ngan semua org..hehehe

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing Jun. Pendapat kita memang sama, kalau melayu tak tolong melayu saper lagi, betul tak? Dr. M pernah kata Melayu mudah lupa dan saya nak tambah Melayu juga kedekut ilmu..hihi..

    Cupcake Huda

    ReplyDelete
  3. Hello,
    I love your cupcakes!!!
    So,so cute!!!
    Nina

    ReplyDelete
  4. salaam kak huda. this is my 1st time being in here, reading this entry.
    sememangnya betullah apa yg akk ckp dlm entry akk ni. ramai di kalangan org melayu kita terlupa, bahawa yg memberi rezeki itu Allah. dan Allah lah yg punya segala2nya, langit, bumi dan apa2 yg ada di antaranya (langit dan bumi). dan Allah jugakla yang berhak untuk tidak memberi rezeki pada hambaNYA.


    jadi, kita sebagai melayu MUSLIM, wajib ingat bahawa Allah pernah berfirman;
    "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
    [Surah At-Talaq, ayat 2 - 3.]
    (ayat 1000 dinar)
    jadi, sesiapa yg betul2 berpegang pada apa yg Allah dh janji, insyaAllah, banyak lg yg menanti dia di hadapan.

    minta maaf ye kak huda, panjang pulak comment wani ni. sekadar perkongsian shj dr wani, buat kawan2 se-iman, se-islam di luar dn dalam alam maya ni. moga2 kita diberi hidayah oleh Allah.

    salam kenal dr wani ^__^

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Salam Wani..terima kasih sudi berkongsi di sini..

    ReplyDelete
  7. salam kenal kak huda,
    saya sungguh tertarik dgn entry kak huda...saya juga kengkdg ada rasa 'down' dgn sikap sebegitu. rasa malu mula menebal bila ingin memulakan persahabatan 'cyber' ini krn tdk dilayan.
    kita kawan ye kak huda...*wink*

    ReplyDelete
  8. Salam mommy cupcake...terima kasih dtg melawat, kalau mommy sudi kawan saya juga tak keberatan berkongsi pengalaman :)

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan sume. saya suka baca tips kak huda. memang ada benarnya. kadang2 da nek malas nak tego blogger2 lain. sume wat tak layan je.. beriya2 letak ruangan chatting tapi tak pernah dijawab. mentang2 la pulak kita ni new b.. :(

    tapi bersemangat sikit bila tengok komen2 orang2 diatas. rupanya masih ada yang berfikiran lebih terbuka dan mesra.

    Wish me luck ya.

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan kak.. sy ni antara beginer juga.. lepas saya baca tips ni dari kakak teringat pula kata ustaz saya dulu, jagan lokek untuk berkongsi ilmu yg baik. kalau rezki kita x kan kemana.. setiap orang ada rezki masing2.

    saya berterima kasih dgn adanya orang seperti kakak yg masih berfikiran terbuka, dapatla insan2 seperti kami ni bertanya untuk menambahkan ilmu.

    smoga perniagaan kakak bertambah maju.. Amin...

    ReplyDelete
  11. salam, sy ada stu soklan je, hehe,
    cmne nk bg portion cupcakes to same je suma ei? sy buat msti tak konsisten..T_T
    thank you!

    ReplyDelete
  12. konsistensi tu takde rahsia apa apa, bila kita selalu buat kemahiran tu akan datang sendiri :)

    ReplyDelete