Hari AMMAR

Tarikh hari lahir Ammar 26 Mei, tapi disambut awal 2 hari disebabkan 26 Mei jatuh pada hari bekerja. Tak buat banyak persediaan pun memandangkan Ammar demam sejak hari Sabtu.

Nak buat.. tanak buat.. nak buat... tanak buat.. las las buat jugak, untuk anak la katakan. Yang ada pun ahli keluarga terdekat je. Kebiasaannya pun mmg macam ni.

Selepas Maghrib, Atuk mulakan acara dengan bacaan doa. Selepas doa pulak semua orang berebut nak mulakan acara makan makan.. hehehe. Menu yang simple tapi dijamin HABIS.

Ammar walau pun sedang demam, tetap bersemangat memberikan beberapa pose istimewa utk dimuatkan ke blog. Hari Ammar lah katakan. Dan sampai nak tido malam tu pun, Ammar masih lagi demam.

Ini adalah sebahagian sedutan peristiwa sambutan Hari Lahir Ammar tersebut.