Mad Gab Champion




Silap Teknik..

Aduh.. berdebar pulak dengan posting kali ini, satu tempahan yang diterima dari Ita

Tempahan ni saya terima pada Isnin lepas dan seperti biasa saya menerima order melalui sms, disusuli pangilan dari cik Ita kita ni. Ada 2 jenis tempahan, satu buttercream dan satu lagi fondant. Tajuk menarik kali ini ialah "Mad Gab Champion", untuk 11 biji cuppies fondant, selain 32 biji buttercream cuppies yang ditulis "FSD".
Jenuh jugak berjaga nak siapkan maklumlah saya takde pembantu, cuma husband je yang ringan tangan tolong serba sedikit. Bila dah kira-kira, memang muat-muat je susunan 11 biji cuppies huruf untuk M A D G A B CH AM PI ON dan seketul crown tu untuk 11 biji cuppies yang diminta.. hehehe.. syok la jugak sebab design nampak balance. Susunan begini adalah kebiasaannya digunakan sekiranya pelanggan mahukan topping abjad dari fondant.

Dan 23hb malam, hari Cik Ita ni nak amik cuppies yang ditempah, sampai saja..tetiba, sesuatu yang tak diduga terjadi. Ini antara dialog pada pertemuan tersebut.
Ita : "Oooo.saya ingat akak buat ayat "Mad Gab Champion" untuk setiap satu cupcake.
Huda: Opocot..Eh..aik?? Isshh...(Dah mula blur) Akak ingat buat macam ni..
Ita : erm, takpe kot..(Ita cuba menenangkan keadaan Huda yang seakan blur ni)
Huda: Sori la bebanyak, tapi kalau tak ok bagi tau ye.. (tak tau nak kata apa dah)

Inilah jadinya jika kemudahan komunikasi tak diguna sepenuhnya. Mungkin Ita maksud lain tapi saya faham lain. Saya belek jugak handphone tengok-tengok kot-kot ada ayat yang saya terlepas pandang. Hingga ketika saya nak masukkan posting ni pun masih terpikir tentang bagaimana nak muatkan ayat "Mad Gab Champion" dalam 1 cupcake dengan topping fondant? Mungkin lebih sesuai gunakan buttercream atau imej edible sebagai alterntif.


Buat Ita dan kawan-kawannya, harap enjoy cuppies tu dan sorry kerana ada sedikit kesilapan teknik di sini. Saya harap akan mendapat feedback dari Ita dalam masa terdekat ini.

1 comment:

  1. kak huda...btul tu kak,mane muat sume prkataan tu utk atas 1 cc tu...kene pecah2kan lah kan!

    ReplyDelete