Happy Birthday Papa - Kid's Illustrations




Tempahan dari Linda untuk kejutan hari ulangtahun suaminya. Terimakasih Linda

Mad Gab Champion




Silap Teknik..

Aduh.. berdebar pulak dengan posting kali ini, satu tempahan yang diterima dari Ita

Tempahan ni saya terima pada Isnin lepas dan seperti biasa saya menerima order melalui sms, disusuli pangilan dari cik Ita kita ni. Ada 2 jenis tempahan, satu buttercream dan satu lagi fondant. Tajuk menarik kali ini ialah "Mad Gab Champion", untuk 11 biji cuppies fondant, selain 32 biji buttercream cuppies yang ditulis "FSD".
Jenuh jugak berjaga nak siapkan maklumlah saya takde pembantu, cuma husband je yang ringan tangan tolong serba sedikit. Bila dah kira-kira, memang muat-muat je susunan 11 biji cuppies huruf untuk M A D G A B CH AM PI ON dan seketul crown tu untuk 11 biji cuppies yang diminta.. hehehe.. syok la jugak sebab design nampak balance. Susunan begini adalah kebiasaannya digunakan sekiranya pelanggan mahukan topping abjad dari fondant.

Dan 23hb malam, hari Cik Ita ni nak amik cuppies yang ditempah, sampai saja..tetiba, sesuatu yang tak diduga terjadi. Ini antara dialog pada pertemuan tersebut.
Ita : "Oooo.saya ingat akak buat ayat "Mad Gab Champion" untuk setiap satu cupcake.
Huda: Opocot..Eh..aik?? Isshh...(Dah mula blur) Akak ingat buat macam ni..
Ita : erm, takpe kot..(Ita cuba menenangkan keadaan Huda yang seakan blur ni)
Huda: Sori la bebanyak, tapi kalau tak ok bagi tau ye.. (tak tau nak kata apa dah)

Inilah jadinya jika kemudahan komunikasi tak diguna sepenuhnya. Mungkin Ita maksud lain tapi saya faham lain. Saya belek jugak handphone tengok-tengok kot-kot ada ayat yang saya terlepas pandang. Hingga ketika saya nak masukkan posting ni pun masih terpikir tentang bagaimana nak muatkan ayat "Mad Gab Champion" dalam 1 cupcake dengan topping fondant? Mungkin lebih sesuai gunakan buttercream atau imej edible sebagai alterntif.


Buat Ita dan kawan-kawannya, harap enjoy cuppies tu dan sorry kerana ada sedikit kesilapan teknik di sini. Saya harap akan mendapat feedback dari Ita dalam masa terdekat ini.

Happy Birthday Abah - My First Moist Chocolate Cake





Kek ni dibuat sempena birthday Abah yang ke 67 tahun pada 20 April lepas. Dah lama teringin nak buat kek macam ni sempena birthday abah. Suka dan puas hati sangat bila apa yang diimpi berjaya direalisasikan. Untuk Abah.. Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki.

Happy Early 18th Birthday to Jan - Alphabets On Cupcake





"Sebenarnya birthday Jannah 20 May, but Jannah punya intake to college is May. Jadi tak dapatlah nak sambut dengan kawan-kawan.." - Jannah.
Buat Jannah, Happy Birthday dan Selamat Melanjutkan Pelajaran - HUDA

Cupcakes For Tunas Puteri SKBTR 1



Tahniah kerana dipilih sebagai Johan Perbarisan Pasukan Berunifom sempena Hari Sukan Sekolah minggu lepas.

Baby RouYun 1st Birthday





Order by Ms Le from Bandar Kinrara,Puchong

Happy Birthday Papa - Zura




A combination of pink and purple deco on this moist cupcake for birthday papa. Ordered from Zura of Cheras.

Cupcake Huda Die Hard Fan



Mmmmmmmmmoist in my mouth.

Moist Chocolate Cupcake For Farewell Party




A simple deco requested from Ainun for farewell party at her office.

A Moist Chocolate Cupcake











A very simple deco here is suitable for kid's party.


Kurangkan Statistik Kegagalan Newbie Pada 2009

Salam buat semua. Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Masih ada azam tahun lepas yang belum dapat direalisasikan. Akan saya usahakan untuk melaksanakan azam tersebut sebelum pada tahun ini.

Tentang bisnes cupcake saya ini, saya akan cuba mencari lebih maklumat dan belajar untuk mempertingkatkan kemahiran yang ada. Namun inilah sebenarnya cabaran terbesar dalam berniaga di Internet ini. Semuanya harus berbayar. Segala info sudah jadi terlalu mahal.

Pernah tak anda pergi makan kat memana gerai atau foodcourt. Walaupun berniaga bersebelahan, tapi tuan punya gerai tersebut seolah-olah tidak bertegur sapa. Bukan sekali benda macam ni terjadi. Dan yang menyedihkan benda ni terjadi dikalangan Internet Marketer (IM) Melayu. Seolah-olah takutkan persaingan ataupun takut hilang pelanggan.

Ingatkan kat gerai gerai je jadi macam tu. Rupanya dalam perniagaan di Internet ni pun macam tu jugak. Pernah beberapa kali saya bertanyakan tips tips untuk memahirkan diri dalam dekorasi cupcake namun tidak pernah mendapat jawapan. Lain pula kesnya bila bertanyakan tentang tempahan, laju pulak dijawabnya. Inilah senario yang sering terjadi dikalangan IM Melayu sekarang. Takutkan persaingan, takut hilang pelanggan. Jika ada info atau tips yang ingin dikongsi pun adalah info yang terlalu general dan agak outdated.

Hal yang terlalu berbeza terjadi apabila kita bertanyakan kepada orang luar atau orang bukan Melayu. Mereka lebih terbuka untuk berkongsi rahsia, pengalaman dan tips. Hal beginilah yang membuatkan mereka lebih disenangi untuk berurusan.

Terdetik juga dalam hati saya apabila melihat kepada statistik kegagalan newbie adalah sebanyak 90%. Saya sendiri dan anda yang membaca posting kali ini juga tentu tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut kerana internet adalah medan niaga untuk sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan.

Bukan untuk menunding jari kepada orang lain. Pada pendapat saya, apalah salahnya jika kita lebih terbuka untuk berkongsi ilmu. Mudah-mudahan dengan cara itu kita akan lebih dimurahkan rezeki oleh Allah Taala.

Terima kasih juga kepada semua yang yang sering mengunjungi dan memberi komen kepada Cupcake Huda. Saya hargainya. Sama-samalah kita berusaha untuk mengurangkan statistik kegagalan perniagaan newbie di Internet.

Tips Mulakan Perniagaan Dari Rumah

Tips menarik dari MW

Selain menjana pendapatan sampingan, menjalankan perniagaan di rumah menawarkan banyak keuntungan. Namun begitu, untuk memulakan perniagaan (sekalipun dari rumah) tidaklah semudah yang disangka. Di sini dipaparkan tips untuk menjadi usahawan dari rumah..

Hobi
Mulai usaha daripada hobi bukan sekadar impian. Kita akan lebih semangat jika melakukan pekerjaan yang disukai. Namun adalah lebih baik mengkaji terlebih dahulu kekurangan dan kelebihan sekiranya anda ingin jadikan hobi sebagai sumber pendapatan.

Kerja 24 jam
Tanggapan anda salah jika menganggap menjalankan kerja di rumah akan lebih memudahkan. Bisnes di rumah memerlukan malah memaksa anda bergaul 24 jam dengan pekerjaan anda.

Atur strategi
Sebagai penaik semangat, apa kata kita beri ganjaran untuk diri sendiri. Dengan cara ini anda akan lebih semangat untuk menaikkan jualan. Semakin banyak jualan bermakna semakin banyak ganjaran.

Belajar
Walaupun hasil pertama kurang memberangsangkan, anda tidak harus mengalah dan patah semangat. Sebaliknya anda boleh menambah pengetahuan terhadap bidang yang diminati dengan mengikut kursus berkaitan. Lebih baik juga anda lakukan penambahbaikan atau bereksperimen untuk mendapatkan produk yang lebih berkualiti.

Modal
Kebiasannya perkara modal akan menjadi masalah utama dalam langkah memulakan perniagaan. Sebagai permulaan, anda laburlah modal yang kecil kerana masih dalam peringkat memperkenalkan produk.

Pentingnya rangkaian
Kecanggihan teknologi diakui sangat menolong dalam memajukan perniagaan. Dengan membuat laman web sendiri, anda tentunya akan mendapat pesanan dari seluruh Negara, malah tidak mustahil jika memperolehi pelanggan daripada luar Negara. Hebatnya kuasa promosi mulut ke mulut juga menjadikan produk anda akan rancak diperkatakan.

Pelanggan adalah raja
Selain menjadi majikan kepada diri sendiri dan boleh mengatur waktu kerja sendiri, ketahuilah bahawa pelanggan adalah raja kepada usahawan. Merekalah yang membuat keputusan sama ada mahu membeli produk anda atau sebaliknya.

Selamat Datang

Salam Tahun Baru 1430 Hijrah dan
Selamat Menyambut Tahun 2009.. :)

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan kekawan dan sesaper yang mengenali sehingga terhasil blog ni.

Saya sebenarnya tak berapa reti nak menulis sebab saya lebih suka becerita depan-depan sampai kalau kena topik menarik payah betul nak benti tapi saya nak cuba menulis jugak le sebab rasa tak best lak takde apa-apa citer kat blog saya ni tapi bila gi tgok kat blog orang memacam citer ada.

So dengan hati yang berkobar-kobar dan kepala yang serabut dengan ntah apa-apa ntah saya pun menaip…

Tapi pening gak sebab lain yang saya pikir tapi lain yang kuar kat screen ni.. camna ek?

Okey la, saya nak citer pasal cupcake dulu ye..
Sebenarnya saya cuba-cuba buat je cupcake ni sebab baru nak belajar tapi bila bagi kekawan dan pengkritik rasa ada pulak yang berminat nak order. Saya takut gak nak amik tapi diaorang tak kisah sebab nak bagi semangat katanya.hehehe

Flavour pertama saya Vanilla, kekawan kata okey je, diaorang order lak rasa oren dan sekarang ni saya dah cuba gak rasa cappuccino dan coklat. Alhamdulillah, menjadi dan hasilnya kekawan puas hati. Seronok betul bila ada yang suka, bagi saya ini satu kepuasan yang teramat sangat..chewahh.

Bila dah siap deco lak tak sabar rasanya nak upload gambar, tang ni memang saya suka sebab bila gambar dah terpampang kat screen, fuyooh! Rasa paling cantik la.(bagi saya la) iyelah, untuk yang baru nak menceburkan diri macam saya ni. Apa yang dibuat semuanya seronok, semua best dan yang paling penting, rasa semua saya punya la yang paling cantik (kot)

Dan yang paling kelakarnya hari-hari tengok blog sendiri pastu sengih je sesorang.. kekadang tatau pikir apa pun cuma rasa seronok dapat tengok hasil sendiri..hehehe.. dan ada pulak tu orang dari luar yang masuk blog saya ni, lagi la seronok. Lepas dah ada text Bahasa Melayu ni tatau la diorang akan masuk lg ke tak, tapi takpe sebab yang penting saya dah mula menulis, ye kekawan semua..saya dah mula menulis.. hehehe

Alamak, nak citer apa lagi ye….emm..ishh, susahnya nak tulis..pikir banyak tapi tatau apa benda.
Dah dulu kot, nanti bila idea sudah mari saya citer lagi la..sori yek..

Untuk yang baru pertama kali singgah di blog saya ni, saya ucapkan Selamat Datang dan selalu selalu lah singgah dan berikan komen anda.

Buat semua, Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan Welcome 2009…
Semoga apa yang kita impikan akan tercapai..Insya-Allah..

HUDA.