Kurangkan Statistik Kegagalan Newbie Pada 2009

Salam buat semua. Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Masih ada azam tahun lepas yang belum dapat direalisasikan. Akan saya usahakan untuk melaksanakan azam tersebut sebelum pada tahun ini.

Tentang bisnes cupcake saya ini, saya akan cuba mencari lebih maklumat dan belajar untuk mempertingkatkan kemahiran yang ada. Namun inilah sebenarnya cabaran terbesar dalam berniaga di Internet ini. Semuanya harus berbayar. Segala info sudah jadi terlalu mahal.

Pernah tak anda pergi makan kat memana gerai atau foodcourt. Walaupun berniaga bersebelahan, tapi tuan punya gerai tersebut seolah-olah tidak bertegur sapa. Bukan sekali benda macam ni terjadi. Dan yang menyedihkan benda ni terjadi dikalangan Internet Marketer (IM) Melayu. Seolah-olah takutkan persaingan ataupun takut hilang pelanggan.

Ingatkan kat gerai gerai je jadi macam tu. Rupanya dalam perniagaan di Internet ni pun macam tu jugak. Pernah beberapa kali saya bertanyakan tips tips untuk memahirkan diri dalam dekorasi cupcake namun tidak pernah mendapat jawapan. Lain pula kesnya bila bertanyakan tentang tempahan, laju pulak dijawabnya. Inilah senario yang sering terjadi dikalangan IM Melayu sekarang. Takutkan persaingan, takut hilang pelanggan. Jika ada info atau tips yang ingin dikongsi pun adalah info yang terlalu general dan agak outdated.

Hal yang terlalu berbeza terjadi apabila kita bertanyakan kepada orang luar atau orang bukan Melayu. Mereka lebih terbuka untuk berkongsi rahsia, pengalaman dan tips. Hal beginilah yang membuatkan mereka lebih disenangi untuk berurusan.

Terdetik juga dalam hati saya apabila melihat kepada statistik kegagalan newbie adalah sebanyak 90%. Saya sendiri dan anda yang membaca posting kali ini juga tentu tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut kerana internet adalah medan niaga untuk sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan.

Bukan untuk menunding jari kepada orang lain. Pada pendapat saya, apalah salahnya jika kita lebih terbuka untuk berkongsi ilmu. Mudah-mudahan dengan cara itu kita akan lebih dimurahkan rezeki oleh Allah Taala.

Terima kasih juga kepada semua yang yang sering mengunjungi dan memberi komen kepada Cupcake Huda. Saya hargainya. Sama-samalah kita berusaha untuk mengurangkan statistik kegagalan perniagaan newbie di Internet.