Selamat Hari Guru




Oder dari Azian sempena Hari Guru untuk mengenang jasa gurunya. CC ini dihantar terus ke sekolah. Kepada Azian, tengok kat sini je lah ye. Kalau nak rasa, oder lah lagi untuk diri seniri lak :D

Hari AMMAR

Tarikh hari lahir Ammar 26 Mei, tapi disambut awal 2 hari disebabkan 26 Mei jatuh pada hari bekerja. Tak buat banyak persediaan pun memandangkan Ammar demam sejak hari Sabtu.

Nak buat.. tanak buat.. nak buat... tanak buat.. las las buat jugak, untuk anak la katakan. Yang ada pun ahli keluarga terdekat je. Kebiasaannya pun mmg macam ni.

Selepas Maghrib, Atuk mulakan acara dengan bacaan doa. Selepas doa pulak semua orang berebut nak mulakan acara makan makan.. hehehe. Menu yang simple tapi dijamin HABIS.

Ammar walau pun sedang demam, tetap bersemangat memberikan beberapa pose istimewa utk dimuatkan ke blog. Hari Ammar lah katakan. Dan sampai nak tido malam tu pun, Ammar masih lagi demam.

Ini adalah sebahagian sedutan peristiwa sambutan Hari Lahir Ammar tersebut.








Happy Birthday Papa - Kid's Illustrations




Tempahan dari Linda untuk kejutan hari ulangtahun suaminya. Terimakasih Linda

Mad Gab Champion




Silap Teknik..

Aduh.. berdebar pulak dengan posting kali ini, satu tempahan yang diterima dari Ita

Tempahan ni saya terima pada Isnin lepas dan seperti biasa saya menerima order melalui sms, disusuli pangilan dari cik Ita kita ni. Ada 2 jenis tempahan, satu buttercream dan satu lagi fondant. Tajuk menarik kali ini ialah "Mad Gab Champion", untuk 11 biji cuppies fondant, selain 32 biji buttercream cuppies yang ditulis "FSD".
Jenuh jugak berjaga nak siapkan maklumlah saya takde pembantu, cuma husband je yang ringan tangan tolong serba sedikit. Bila dah kira-kira, memang muat-muat je susunan 11 biji cuppies huruf untuk M A D G A B CH AM PI ON dan seketul crown tu untuk 11 biji cuppies yang diminta.. hehehe.. syok la jugak sebab design nampak balance. Susunan begini adalah kebiasaannya digunakan sekiranya pelanggan mahukan topping abjad dari fondant.

Dan 23hb malam, hari Cik Ita ni nak amik cuppies yang ditempah, sampai saja..tetiba, sesuatu yang tak diduga terjadi. Ini antara dialog pada pertemuan tersebut.
Ita : "Oooo.saya ingat akak buat ayat "Mad Gab Champion" untuk setiap satu cupcake.
Huda: Opocot..Eh..aik?? Isshh...(Dah mula blur) Akak ingat buat macam ni..
Ita : erm, takpe kot..(Ita cuba menenangkan keadaan Huda yang seakan blur ni)
Huda: Sori la bebanyak, tapi kalau tak ok bagi tau ye.. (tak tau nak kata apa dah)

Inilah jadinya jika kemudahan komunikasi tak diguna sepenuhnya. Mungkin Ita maksud lain tapi saya faham lain. Saya belek jugak handphone tengok-tengok kot-kot ada ayat yang saya terlepas pandang. Hingga ketika saya nak masukkan posting ni pun masih terpikir tentang bagaimana nak muatkan ayat "Mad Gab Champion" dalam 1 cupcake dengan topping fondant? Mungkin lebih sesuai gunakan buttercream atau imej edible sebagai alterntif.


Buat Ita dan kawan-kawannya, harap enjoy cuppies tu dan sorry kerana ada sedikit kesilapan teknik di sini. Saya harap akan mendapat feedback dari Ita dalam masa terdekat ini.

Happy Birthday Abah - My First Moist Chocolate Cake





Kek ni dibuat sempena birthday Abah yang ke 67 tahun pada 20 April lepas. Dah lama teringin nak buat kek macam ni sempena birthday abah. Suka dan puas hati sangat bila apa yang diimpi berjaya direalisasikan. Untuk Abah.. Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki.

Happy Early 18th Birthday to Jan - Alphabets On Cupcake





"Sebenarnya birthday Jannah 20 May, but Jannah punya intake to college is May. Jadi tak dapatlah nak sambut dengan kawan-kawan.." - Jannah.
Buat Jannah, Happy Birthday dan Selamat Melanjutkan Pelajaran - HUDA

Cupcakes For Tunas Puteri SKBTR 1



Tahniah kerana dipilih sebagai Johan Perbarisan Pasukan Berunifom sempena Hari Sukan Sekolah minggu lepas.